APA ITU HOMEROOM?

Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan. Proses pendidikan ini dibimbing oleh seorang guru penasihat. Di samping proses pembelajaran akademik, pelajar juga akan didedahkan dengan budaya penerokaan sejajar dengan penerokaan bidang Sains (Scientific Enquiry) melalui program pengayaan. Homeroom ibarat sebuah keluarga kecil dalam maktab di mana guru homeroom berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada para pelajar. Penasihat Homeroom akan membimbing, menyokong, dan memastikan kebajikan setiap ahli homeroom sepanjang mereka berada di MRSM Gerik.